Pengawalseliaan

Pengawalseliaan

Pengawasan pelesenan dan pengawalseliaan kami memberikan persekitaran yang telus dan selamat untuk anda terlibat dalam aktiviti perdagangan. Anda boleh berdagang dengan rasa yakin dan tenang, dengan mengetahui bahawa keselamatan kewangan anda menjadi keutamaan kepada kami.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Seychelles (Seychelles Financial Services Authority – FSA)

Just Global Markets Ltd., nombor pendaftaran 8427198-1, ialah Peniaga Runcit yang dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Seychelles (Seychelles Financial Services Authority – FSA) di bawah Lesen Peniaga Sekuriti bernombor SD088.

Ketahui lagi

Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Cyprus (Cyprus Securities and Exchange Commission – CySEC)

JustMarkets Ltd, nombor pendaftaran HE 361312, ialah Firma Pelaburan Cyprus yang dibenarkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Cyprus (Cyprus Securities and Exchange Commission – CySEC) dengan nombor lesen 401/21.

Ketahui lagi

Lembaga Tingkah Laku Sektor Kewangan (Financial Sector Conduct Authority – FSCA)

Just Global Markets (PTY) Ltd, nombor pendaftaran 2020/263432/07, telah diberi kuasa oleh Lembaga Tingkah Laku Sektor Kewangan (Financial Sector Conduct Authority – FSCA) di Afrika Selatan sebagai Penyedia Khidmat Kewangan (Financial Service Provider – FSP) dengan nombor FSP 51114.

Ketahui lagi

Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Commission – FSC)

Just Global Markets (MU) Limited, nombor pendaftaran 194590, ialah Peniaga Pelaburan (Peniaga Perkhidmatan Penuh, Kecuali Penajajaminan) yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan – (Financial Services Commission – FSC) di Mauritius di bawah Nombor lesen GB22200881.

Ketahui lagi

Soalan lazim

Adakah JustMarkets dikawal selia?

JustMarkets adalah broker yang dikawal selia, memegang pelbagai lesen penyeliaan daripada beberapa pihak berkuasa kewangan di seluruh dunia seperti Financial Services Authority (FSA), Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC), Financial Sector Conduct Authority (FSCA) dan Financial Services Commission (FSC). Badan kawal selia ini memastikan yang JustMarkets beroperasi dengan mematuhi undang-undang dan piawaian kewangan antarabangsa, memberi persekitaran perdagangan yang selamat untuk klien-kliennya.

Di negara manakah JustMarkets dikawal selia?

JustMarkets dikawal selia di pelbagai negara di seluruh benua berbeza. Di Afrika, JustMarkets diberi kuasa oleh Financial Services Commission (FSC) dan Financial Sector Conduct Authority (FSCA). Di Eropah, ia dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC). Di Caribbean, JustMarkets memegang lesen daripada Financial Services Authority (FSA) di Seychelles. Badan-badan kawal selia ini memastikan yang JustMarkets mematuhi piawaian-piawaian kewangan, dan perkhidmatan yang disediakan adalah dikawal selia.

Apakah perbezaan antara broker yang dikawal selia dan tidak dikawal selia?

Perbezaan utama antara broker yang dikawal selia dan tidak dikawal selia terletak dalam pemantauan dan pematuhan piawaian perundangan dan kewangan yang dikehendaki oleh pihak berkuasa kerajaan atau bebas. Broker yang dikawal selia diberi lesen untuk beroperasi dalam bidang kuasa khusus, atau dari negara yang mempunyai persetujuan kawal selia yang sama, memastikan broker mematuhi set peraturan yang telah ditetapkan, undang-undang dan langkah perlindungan untuk pedagang dan pelabur. Pelesenan ini menunjukkan yang broker diiktiraf memantau aktiviti-aktiviti broker untuk memastikan broker mengikut amalan perdagangan yang adil.