Akaun JustMarkets

Soalan Lazim

Apa itu akaun perdagangan?

Untuk memulakan perdagangan Forex, seseorang perlu membuka akaun dengan broker terlebih dahulu. Akaun perdagangan memberikan akses kepada pasaran FX dan membolehkan anda melaksanakan operasi dagangan dalam talian.

Akaun perdagangan agak serupa dengan akaun bank. Ia juga boleh digunakan untuk menyimpan, mendeposit, dan mengeluarkan wang. Pedagang boleh menggunakan sistem pembayaran yang berbeza untuk menghantar dana ke akaun mereka dan untuk mengeluarkannya. Senarai penuh sistem yang tersedia untuk pelanggan JustMarkets boleh didapati di halaman Deposit dan Pengeluaran.

JustMarkets menawarkan syarat dagangan terbaik, menyediakan kepada pedagang alat dan strategi dagangan yang diperlukan, spread yang rendah dan leverage yang fleksibel. Pada masa ini, beberapa jenis akaun telah disediakan.

Tujuan utama mana-mana akaun perdagangan adalah untuk membuat transaksi (pesanan buka dan tutup) dengan pelbagai instrumen kewangan. Senarai instrumen ini boleh berbeza-beza bergantung pada jenis akaun. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang ciri setiap instrumen di sini.

Pelaksanaan Pesanan Pasaran (Market Order Execution) tersedia untuk semua jenis akaun. JustMarkets membenarkan pedagang menggunakan strategi dagangan seperti scalping, lindung nilai (hedging), berdagang ketika berita, dsb.

Demo

Bagi pemula atau mereka yang ingin menguji strategi mereka, JustMarkets memberi peluang untuk membuka akaun demo percuma. Dagangan demo ialah simulasi perdagangan sebenar, bertujuan untuk berlatih dan memperaktikkan. Akaun demo tidak memerlukan pelaburan dan percuma untuk digunakan. Ia membolehkan anda memperoleh pengalaman dalam perdagangan dalam talian dan kemahiran praktikal menggunakan MetaTrader, serta untuk menguji strategi anda tanpa sebarang risiko.

Sila ambil maklum bahawa perdagangan pada akaun demo berfungsi dengan prinsip yang sama serta menghasilkan semula keadaan-keadaan perdagangan akaun sebenar, tetapi beberapa perbezaan perlu diambil kira.

Akaun demo beroperasi dalam persekitaran pasaran yang disimulasikan. Sebut harga pada carta akaun Demo adalah hampir sama dengan sebut harga carta akaun sebenar. Walau bagaimanapun, kecairan simulasi itu berbeza dengan kecairan dalam pelayan Langsung. Semua perdagangan diproses secara dalaman dan tidak masuk ke dalam pasaran kewangan.

Anda boleh memulakan latihan dengan demo di mana-mana jenis akaun JustMarkets: Standard Cent, Standard, Pro atau Raw Spread. Jadi, anda juga boleh menguji syarat dagangan broker dan memilih akaun terbaik untuk anda.

Dagangan sedemikian akan membentuk pandangan anda sendiri terhadap pasaran, yang pada masa hadapan akan membolehkan anda berdagang dengan yakin dalam pasaran Forex. Hanya apabila anda telah mencapai kejayaan pada akaun demo, tiba masanya untuk meneruskan dengan akaun dagangan sebenar.

Standard Cent

Akaun Standard Cent direka khusus untuk pedagang baru. Jika akaun demo sudah tidak digunakan lagi, tetapi anda masih belum bersedia berdagang menggunakan akaun sebenar dengan jumlah deposit yang besar, akaun Standard Cent adalah pilihan sempurna untuk anda. Berbanding akaun lain, baki akaun perdagangan ini dikira dalam nilai sen. Jadi, strategi perdagangan anda yang memberi keuntungan dalam akaun demo boleh membantu anda menjana keuntungan di akaun Standard Cent.

Akaun Standard Cent ialah:

  • Alat terbaik untuk memperbaiki kemahiran menguruskan wang. Jumlah wang yang kecil sesuai untuk tujuan ini.
  • Cara terbaik untuk berlatih pengurusan risiko.
  • Satu peluang untuk merasai semua emosi perdagangan dengan dana sebenar, tetapi dengan risiko yang kecil.
  • Satu instrumen untuk mencuba penasihat Forex.
  • Satu kebolehan untuk menilai perkhidmatan dan syarat-syarat JustMarkets.

Akaun perdagangan Standard Cent mempunyai banyak persamaan dengan akaun jenis Standard. Pada masa yang sama, disebabkan risiko yang lebih rendah, ia membolehkan anda mempelajari asas-asas perdagangan secara beransur-ansur, tanpa banyak tekanan dan menambah beban dalam perbelanjaan anda.

Setelah anda yakin dalam kebolehan anda dan berjaya berdagang dalam akaun Standard Cent, anda boleh meneruskan perdagangan dalam akaun Forex Standard, Pro ataupun Raw Spread.

Standard

Akaun Standard adalah akaun yang paling popular. Ia termasuk set asas, spread yang kecil bermula dari 0.3 pip dan tiada komisen. Kedua-dua Renti Rugi dan Ambil Untung boleh ditetapkan sama ada ketika membuka pesanan atau selepasnya. Akaun Standard boleh digunakan untuk perdagangan carta harian dan perdagangan intrahari yang tidak agresif. Mana-mana strategi perdagangan boleh dipilih untuk digunakan dalam akaun ini tanpa sebarang sekatan.

Pro

Akaun dengan keadaan-keadaan perdagangan lanjutan, spread lebih kecil dan tiada yuran komisen. Pedagang boleh menggunakan apa jua gaya perdagangan pada akaun Pro. Akaun jenis ini bercirikan spread yang kecil, leveraj tinggi, kurang komisen dan tiada sekatan terhadap bilangan pesanan dan volum.

Kelebihan utama akaun Pro adalah instrumen perdagangan yang pelbagai: lebih daripada 50 pasangan mata wang, indeks, logam dan komoditi. Anda boleh laksanakan semua idea perdagangan dan pelaburan anda.

Raw Spread

Akaun Raw Spread memberi anda peluang untuk merasai perdagangan yang dinamik. Peserta pasaran yang lebih sukakan intrahari, input dan output yang kerap digabungkan dengan dagangan dalam jangka masa yang singkat selalunya mengutamakan untuk memilih akaun jenis ini. Ia dianggap sebagai yang terbaik untuk scalper. Terdapat komisen untuk transaksi, tetapi spread terapung dari 0.0 pip, yang jauh lebih rendah berbanding dengan akaun lain. Apabila berdagang dengan akaun ini, anda mendapat pelbagai jenis instrumen kewangan.

Akaun Islamik

JustMarkets mempunyai pilihan khas untuk pedagang yang beragama Islam. Undang-undang syariah melarang perdagangan yang menggunakan swap. Disebabkan hal ini, akaun perdagangan khas bebas swap telah dicipta.

Swap adalah yuran untuk operasi menutup pesanan perdagangan satu hari pada waktu tengah malam dan membukanya semula pada harga tutup di keesokan harinya. Dengan akaun bebas swap, pedagang boleh membiarkan kedudukan terbuka selama yang mereka mahukan, tanpa menambah saiz swap atau mengenakan bayaran dari akaun. Dalam kes ini, hasil perdagangan hanya boleh dipengaruhi oleh perubahan dalam kadar pertukaran untuk tempoh masa tertentu.

Menggunakan akaun bebas swap adalah opsyenal. Untuk menukar akaun Standard Cent, Standard, Pro atau Raw Spread anda kepada akaun bebas swap, anda perlu menghubungi kumpulan sokongan pelanggan.

Apa itu tahap bebas swap?

Tahap bebas swap adalah status yang membolehkan pengguna untuk tidak membayar swap bagi kedudukan semalaman. Terdapat 2 tahap bebas swap: Lanjutan dan Standard. Untuk klien dengan tahap Bebas swap lanjutan, swap tidak dikenakan untuk kebanyakan instrumen. Anda boleh melihat butiran lanjut tentang tahap bebas swap di sini.